seronok rasanya dapat membaca komen dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan... respon yang buat aku rasa bersemangat untuk terus menulis...
Pamie said...
Aku berckp atas dasar pemerhatian aku..aku rase ko pon akan setuju ngan aku bai, sbb ko pon slalu ckp dlm blog ko yg melayu kene bangkit and bla bla..meaning that org melayu mmg tgh down giler..ko tgk dlm ramai2 yg duk main motor jd mat rempit, sape diorang tu? majoriti org melayu bai..tu blom tgk yg jd bohsia, yg duk dlm pusat serenti...aku kadang2 sedih bila pikir psal ni, takut kalu nnt anak2 aku pon jd camtu..
Aku berckp atas dasar pemerhatian aku..aku rase ko pon akan setuju ngan aku bai, sbb ko pon slalu ckp dlm blog ko yg melayu kene bangkit and bla bla..meaning that org melayu mmg tgh down giler..ko tgk dlm ramai2 yg duk main motor jd mat rempit, sape diorang tu? majoriti org melayu bai..tu blom tgk yg jd bohsia, yg duk dlm pusat serenti...aku kadang2 sedih bila pikir psal ni, takut kalu nnt anak2 aku pon jd camtu..
sbnarnye bai, ape yg aku nak utarakan kat sini bukan masalah kelebihan org2 melayu dan hak2 kita..tp aku tak berapa suka bila ade org terlalu agungkan melayu. kita kat malaysia ni berbagai bangsa, kene bersatu bawah satu naungan yg akan merentasi segala perbezaan yg ada antara kita. bukan kita makin api-apikan perbezaan ni..kalu camtu bersatu padu antara kaum akan jd satu fantasi jela..btul x bai?
cuba kita pikir, umno perjuangkan hak org melayu giler2..agak2 org cina akan sokong x satu parti yg x perjuangkan hak diorang? same ngan org melayu, agak2 kita akan sokong x MIC or MCA yg sah2 perjuangkan hak bangsa mereka..sure la kita pon x sokong..
So kita kene cari satu medium atau naungan yg merentasi fikrah dan perbezaan antara kaum, yg tidak bezakan warna kulit atau saiz mata..naungan camtu yg sbnarnye yg kita kene api-apikan kat negara kita ni..so that kita seme bleh bernaung kat bwh satu naungan yg x pandang perbezaan luaran kita..
So persoalannya skarang ialah..ade ke naungan seperti tu?
April 20, 2009 11:45 AM
April 20, 2009 11:45 AM
aku pun pelik la rakyat Malaysia ni Pamie... sejak bila UMNO yang menjadi asas bagi kemerdekaan hari ini menjadi parti yang racist?
kalau lah betul parti UMNO tu racist, kenapa semasa kemerdekaan.. MCA & MIC bersama-sama menuntut kemerdekaan dan sama-sama mengamalkan perkongsian kuasa?
siapa kata UMNO itu racist?
memang kau tak kata secara terang Pamie, tapi apa maksud ko dengan "umno perjuangkan hak org melayu giler2..agak2 org cina akan sokong x satu parti yg x perjuangkan hak diorang?" kalau bukan menjurus pada racism....
betulkan aku kalau pengertian aku salah... aku ni manusia yang tak sempurna...
kita selama ini mengamalkan perkongsian kuasa... menghormati hak setiap bangsa...
setiap yang bernama warga...
contoh paling mudah aku ambil... bukan melayu menerima hak org melayu dalam membangunkan bangsanya... untuk sama-sama mampu merebut peluang...
melayu menerima hak bukan melayu... dalam segenap segi... sekolahnya.. budayanya... hak-hak untuk mendapatkan hasil dari bumi bertuah ini...
masalahnya hari ini... kita termakan momokan dan omongan orang yang mengambil kesempatan...
mendengar kata-kata penghasut.. golongan yang aku panggil oportunis...
yang menggelar UMNO sebagai perkauman... MIC dan MCA sebagai pak turut....
kerajaan sebagai korup, kronisme , gagal dalam membela nasib rakyat dan macam-macam lagi...
sebenarnya pada aku... kita memang berada dalam naungan yang kau cari tu Pamie..
cuma kita perlu melihat bukan memandang...
menilai bukan sekadar mendengar...
kau baca balik entry-entry aku sebab aku rasa aku dah berulang kali menyatakannya...
___________________________________________________________________
aku sekali lagi amat bertuah bila seorang sahabat aku, Lieliq sudi untuk komen entry aku yang terbaru....
komennya...
komen aku??? Tun Mahathir sendir pernah berkata, MELAYU pada masa kan datang perlu menghapuskan kuota2 keistimewaan ini...persoalannya bile???
bagi aku, setiap perkara yang ingin kita bina, pasti akan ada sesuatu yg runtuh....samalah isunya dengan PPSMI...
jika kita mahukan kemajuan yang moden dlm sesebuah bandar, pasti kita akan mengalami sedikit sebnayk kejatuhan moral.....the point is, setiap yg berlaku ada pro dan kontranya...
mungkin kita semua akan berkata, ianya bukan begitu..ambillah contoh diatas keruntuhan kota Melaka, kita dirikan Putrajaya...tapi cuba kita lihat balik, ada juga sesuatu yg hilang atas berdirinya Putrajaya itu....
maaf, aku bukan nak bermadah...tapi aku rasa ini realiti yg harus kita tempuhi...setiap dr kita mempunyai pandangan berbeza...aku setuju dengan ulasan dan pandangan kau...cuma di suatu sudut lain, mereka juga benar...entahlahhh...
terima kasih pada lieliq kerana membetulkan kesilapan aku... kerana aku seorang insan yang tak sempurna dan kesilapan adalah memang sifat aku... terima kasih lieliq...
tapi aku yang aku tak fahamnya... kenapa MRSM kini ada pelajar bukan melayu... entahlah... mungkin aku silap...
aku pernah kenal seorang pakcik... Haji Yusoff namanya... umurnya sudah masuk 70an.. sorang yang suka bercerita, senang di dekati dan tak lokek untuk berkongsi...
Haji Yusoff seorang bekas Pengarah KEMAS Perak.. Seorang bekas aktivis belia dan ahli masyarakat yang aku lihat disegani dimana sahaja beliau berada...
aku tanyakan pendapat beliau tentang isu PPSMI... dan antara jawapan beliau sangat menarik perhatian aku...
" aku ni blajar jugak kat sekolah inggeris, Anderson tu... dari darjah 3 sekolah melayu terus masuk darjah 4 inggeris... tak payah remove... sume benda belajar bahasa inggeris.. cakap melayu bila kat luar je... cikgu sume cina, india, singh, orang puteh... dengan kawan-kawan pun cakap inggeris sebab nak mahirkan bahasa inggeris..."
"tapi, hari ni aku tak pulak kurang melayunya... tak pulak aku rasa bahasa kebangsaan tu bahasa yang lekeh..."
bila aku tanyakan kenapa kegusaran ini timbul hari ini... jawapan beliau ialah :
"dulu masa mula-mula buat tak kecoh mana pun... ok je... baru ni la nak kisah sangat... semua nak jadi hero... benda baik... tapi kalau ati tu taknak terima, ape pun kata tak baik..."
pada hemat aku yang bodoh dan selalu membuat silap ni... memang perlukan perubahan... dan aku lihat perubahan itu memang berlaku....
perlahan-lahan... setiap apa yang diberikan kepada orang melayu dihadkan... dari segi pendidikannya... ekonominya... peluang dalam penjawatan awamnya....
bukankah itu semua adalah untuk menggalakkan persaingan? membuatkan melayu itu tidak lagi berasa selesa....
kenapa tak nampak itu semua? kenapa semua itu tak di gembar-gemburkan? kenapa asyik di sebutkan perkara-perkara yang tidak tepat hingga menyebabkan rasa tak puas hati dikalangan rakyat berbilang kaum?
aku cuma harap supaya kita dapat menilai dengan rasional... dengan semangat Malaysia... dengan semangat untuk masa depan yang lebih terjamin... untuk semua...
hmm.. Melayu...
bro...well, aku yg silap...betullah MRSM dibuka 10% untuk bukan bumiputra...betullkan balik broo
ReplyDeleteOrait..like ur critical thinking bro..
ReplyDeleteem aku setuju ngan ape yg ko ckp..tp ape yg aku tgk skang, umno mmg perjuangkan hak org melayu. Tp under BN, ade parti komponen spt MIC dan MCA..tp ape yg aku tgk umno mmg utk org melyu..
So ko pon tanye, nape time kemerdekaan MIC dan MCA join skali ngan umno? Sbb nye..MIC dan MCA hari tu, diorang punya objective same ngan umno punya objective, which was to get the Independence for Malaya..So time tu diorang bersatu bawah satu objective yg same..
Tp skang kita dah merdeka lame, so masing2 kene perjuangkan samting so that parit2 ni takkan jd parti yg ntah pape..So umno perjuangkan hak2 org melayu, MIC utk org india, MCA utk org cina..Objective diorang dah berbeza ngan dlu time merdeka..
Cuba ko tgk kalu time pemimpin2 besar parti i.e dari parti umno meninggal..ape member2 seperjuangan akan ckp? "ohh..Allahyarham sgt berjasa pd parti..jasa beliau sgt besar kpd org2 melayu..beliau sampai x tido mlm memikirkan hala tuju parti.."
Bg aku, hal ini sgt menyedihkan..(rujuk blog aku utk tau nape sgt menyedihkan)..ape parti yg bleh wat utk kita bila kita meninggal? ape bangsa melayu bleh wat utk kita bila kita meninggal?
Ntah la bai, bg aku, still aku x setuju kalu kita terlalu agung2kan bangsa melayu..tp aku sayang bangsa melayu, jgn sape2 salah paham plak..
p/s- aku bukan org umno or bukan org pas..if sape2 ingat aku org politik..Aku sokong mane2 parti yg betul dlm perjuangannya..
hmm.. aku tak boleh bersetuju dengan apa yang kau katakan.. kerana bila kau kata yang MIC dan MCA bergabung dengan UMNO kerana nak menuntut kemerdekaan dan situasinya berbeza dengan hari ini adalah tidak tepat..
ReplyDeleteMIC dan MCA bergabung dengan UMNO untuk menuntut kemerdekaan adalah bagi memastikan kepentingan kaum mereka terjaga selepas merdeka...
jangan lupa yang mereka sedar yang kepentingan mereka tidak terjamin apabila Malayan Union digagalkan oleh UMNO dan Cadangan Perlembagaan Bagi Tanah Melayu yang didrafkan sejurus selepas tumbangnya Malayan Union tidak memasukkan kerakyatan bagi bukan melayu... malah Perlembagaan Tanah Melayu 1948 mensyaratkan kerakyatan yang amat ketat bagi bukan melayu...
MIC yang sebelum ini menganggotai PUTERA-AMCJA yang mencadangkan Perlembagaan Rakyat melihat hanya dengan bersama UMNO sahaja kepentingan mereka akan terjamin..
Tan Cheng Lock yang sebelum ini menyokong Cadangan Perlembagaan Rakyat oleh PUTERA-AMCJA itu kemudiannya mewujudkan MCA dan bergabung dengan UMNO dan MCA dalam Perikatan...
jadi mereka tahu hanya dengan bergabung dengan UMNO sajalah, masa depan dan kepentingan kaum mereka akan terjamin...
formula menjaga kepentingan dan hak kaum masing-masing adalah intipati bagi gabungan itu dulu dan kini maka tak pernah timbul pun isu mempertahankan hak masing-masing gila-gila dan tidakkan disokong antara satu sama lain bak kata kau tu...
masalah sekarang yang timbul sebenarnya tak ada kena mengena dengan mempertahankan hak kaum tapi sesuatu yang berbeza sama sekali...
masalah yang sebenarnya adalah pembangkang ingin menjatuhkan kerajaan sekarang dan menyebarkan propaganda dan omongan yang kononnya bantuan dan keistimewaan yang selama ini diberikan untuk orang melayu tidak adil, mengambil hak bukan melayu dan menghalang daya saing... ini akan menimbulkan kebencian dan rasa tak puas hati dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum...
kerana mereka tahu yang dengan menghancurkan asas persefahaman ini sahajalah membolehkan mereka berkuasa... walaupun mereka tahu harganya amatlah mahal...
malangnya masyarakat hari ini termakan propaganda dan omongan golongan oportunis ni.. menerima segala-galanya tanpa usul periksa dan melihat isu negara dari jendela mereka sudah tentu nampak seakan-akan benarlah kata-kata oportunis itu...
soalannya sekarang... adakah kau salah seorang yang termakan dengan penipuan dan diperbodohkan mereka?
jika kau salah seorang dari mereka, maka blog aku ini memang untuk kau... tapi kalau kau bukan tergolong dalam golongan yang tak sedar diuntung ini.. maka blog aku ini adalah tempat untuk kau menjawab persoalan-persoalan yang mereka tanyakan untuk memesongkan fikiran rakyat hari ini..
semua terpulang kepada persepsi kau untuk menilai...