hari ini melayu dikatakan sebagai malas, selesa dan tidak menghargai peluang..
benarkah? atau sekadar retorik yang berniat untuk menghalalkan hujah si polan dan si polan..
si polan ini berkata dengan bangganya, bukti melayu itu malas berusaha antaranya ialah peningkatan rasuah dikalangan penjawat awam yang rata-ratanya orang melayu..
oleh kerana malas untuk berusaha dan bersaing, si penjawat awam itu berusaha untuk mendapat tempat dalam kerajaan kerana lebih terjamin... tetapi kerana teringin menjadi kaya-raya maka menerima rasuah yang disogok untuk menggunakan kepentingannya bagi memihak pada si perasuah...
mari kita lihat situasi ini.. penjawat awam selesa dan takut bersaing jadi kerja kerajaan.. mahu kaya jadi ambil rasuah... kerana dia melayu? mana buktinya? kerana hari ini berlaku dikalangan penjawat awam yang rata-ratanya melayu?
maknanya.. jika penjawat awam itu bukan melayu.. maka dia tidak mengambil rasuah?
si polan ini juga berkata melayu itu meng-Ali Baba-kan projek-projek yang diberikan padanya... maka perlu dihapuskan quota yang diberikan supaya lebih adil dan tidak lagi berlaku ketirisan...
mari kita lihat pula situasi ini...
berapa ramai rasanya kontraktor melayu yang meng-Ali Baba-kan lesen-lesen dan projek-projek yang kekal dalam persaingan berbanding yang melakukan dengan telus...
malah, kontraktor yang bergabung dan membuat konsotium pun dilabelkan sebagai meng-Ali Baba-kan lesen dan projeknya..
itu bukan tuduhan yang berbaur perkauman kerana hanya melayu sahaja yang perkauman dalam Malaysia ni...hahahahahaha...
dicanangkan juga bahawa peluang ke IPTA serta biasiswa juga adalah tidak adil kerana kononnya bukan melayu berhempas pulas tapi tidak mendapat tempat ke kursus yang dikehendakinya... malah tidak dapat ke IPTA kerana sistem quota yang dijalankan... malah dikatakan pelajar melayu yang keputusannya lebih rendah dari si pengomel itu dapat masuk ke kursus yang si pengomel tadi mohon...
kita ambil contoh.. tempat untuk kursus A di IPTA C lah katakan ialah seramai 350.. pemohonnya adalah seramai 12000 orang..
maka pemohon itu sendiri perlu bijak.. bukan sekadar mengisi kursus yang dikehendaki.. tapi juga melihat kemampuan diri.. lihat juga ruang persaingan...
UPU bukan kejam.. sudah tentu akan diberikan juga peluang di kursus-kursus yang lain jika di pohon oleh pemohon sendiri..
tapi jarang kita dengar pemohon yang gagal mendapat kursus yang dikehendaki tapi mendapat kursus lain.. cuma di 'highlight'kan ialah pemohon tak berjaya mendapat tempat... kenapa tak dikedepankan?
ini bukan isu baru.. malah kalau di bukankan mata lebih luas, bukan sekadar melihat dari kaca mata sendiri, isu ini bukan sahaja di rungutkan oleh bukan melayu malah melayu itu sendiri..
ramai yang layak tapi tak berpeluang ke IPTA.. tak kira bangsa...
dimana kematangan diri apabila kehendak diri tak dipenuhi maka menyalahkan orang lain.. bila tak dapat masuk ke kursus yang diidamkan maka dicari orang yang hendak dipersalahkan..
jika 1000 pemohon melayu yang layak tapi tak dapat tempat di kursus-kursus yang dikehendaki, beritanya hanya keluar sekali sahaja...
tapi jika 10 orang bukan melayu yang tak dapat tempat, maka cerita itu akan dicanangkan ketidakadilannya sehingga akhir zaman.. dari blog, laman sembang, kedai kopi, sekolah hinggalah ke pentas-pentas politik...
tapi tak pernah pun dipandang sebagai membakar isu perkauman.. malah diangkat sebagai Hero kerana kononnya membela nasib yang tertindas..
ye la, hanya melayu saja yang perkauman dalam Malaysia ni...ahahahahaha...
kalau diri sendiri tidak sedar dan terus bersama si polan memukul canang maka memang molek sangatkah porak-peranda yang berlaku hari ini berterusan.. kerana golongan yang bersama mencanang itu akan terus selesa..
tapi tak mengapa, buat apa fikirkan tentang orang lain.. lepaskan diri sendiri sudah...
Hmm.. Melayu...
what is the connection between the picture and ur writting....
ReplyDeletewell...how r u???
reborn???or still the old botak..