SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, June 24, 2012

7 Kesilapan Semasa Bersenam






Anda mungkin kerap melakukan senaman untuk menyihatkan badan. Tetapi tahukah anda bahawa sesetengah cara atau kaedah senaman anda itu mungkin tidak menepati kaedah sebenar yang sepatutnya anda amalkan? Sila baca tips dari Kementerian Kesihatan ini untuk mengetahui jawapannya.


Berikut adalah 7 kesilapan yang kerap dilakukan semasa bersenam:



Bersenam Keterlaluan

Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.


Tidak memanaskan badan

Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.


Beban yang terlalu berat

Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.


Terlalu cepat & awal

Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.


Langkah yang silap

Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.


Tidak minum secukupnya

Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.


Makan terlalu sedikit

Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik









hmm.. melayu..

Saturday, June 23, 2012

WAJIB TAHU!!! Kronologi Sejarah Palestin Part 2 – Mandat British 1922


mandat british 1922
Mandat British


Mandat untuk Palestin, juga dikenali sebagai Mandat Palestin atau Mandat British ke atas Palestin, merangkumi wilayah di Timur Tengah yang terdiri daripada Jordan moden dan Israel termasuklah Tebing Barat serta Jalur Gaza (sebelumnya dikuasai oleh Empayar Uthmaniah).

Ia telah diamanahkan oleh Liga Bangsa kepada British untuk mentadbirnya setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan dikenali sebagai Wilayah Mandat.

Sebelum tamatnya Perang Dunia Pertama, Palestin merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniah. Di bawah British melalui Jeneral Allenby ketika berlakunya Pemberontakan Arab yang digerakkan oleh perisik British iaitu T. E. Lawrence, telah mengalahkan tentera Turki pada tahun 1917 dan kemudiannya menduduki Palestin dan Syria.

perisytiharan belfour
Perisytiharan Balfour

Kerajaan Inggeris telah sepenuhnya mengawal Palestin melalui Persidangan Damai Versailles yang dibentuk oleh Liga Bangsa pada tahun 1919. Kemudian melantik Herbert Samuel, Ketua pos umum Kabinet Inggeris untuk mengatur Perisytiharan Balfour. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Tinggi. pertama di Palestin.

Semasa Perang Dunia Pertama, British telah membuat dua perjanjian mengenai wilayah di Timur Tengah. British telah menjanjikan kepada bangsa Arab tempatan (melalui Lawrence of Arabia) untuk kemerdekaan negara Arab. Ia merangkumi sebahagian besar tanah Arab di Timur Tengah. Ia merupakan ganjaran di atas sokongan ke atas British. British juga telah berjanji untuk membina Negara bangsa Yahudi sebagaimana yang termaktub dalam Perisytiharan Balfour 1917.

British dalam Hussein-McMahon Correspondence, telah menjanjikan kepada keluarga DiRaja Hashemit sebahagian besar tanah sebagai ganjaran atas sokongan mereka semasa Pemberontakan Arab semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920 di Persidangan Sanremo di Itali, Liga Bangsa memutuskan mandat Palestin diberikan kepada British. Mandat Palestin merupakan dokumen-dokumen yang jelas tentang tanggung jawab British dan kuasa pentadbiran di Palestin termasuklah memastikan pembentukan Negara bangsa Yahudi dan menjaga hak-hak sivil dan keagamaan bagi penduduk Palestin.


dipetik dari laman: Panduan Percuma


hmm.. melayu..

Friday, June 22, 2012

PERLU TAHU!! Kronologi Sejarah Palestin Part 1



70 M: Titus dari Rom mengepung Baitulmuqaddis. Penduduk bermati-matian mempertahankan kawasan mereka, namun akhirnya bandar tersebut jatuh ke tangan musuh. Bagi mengabadikan kemenangan, Titus memerintahkan agar kuil Herodes dihancurkan secara keseluruhannya. Sebuah bandar baru yang bernama Aelia dibina oleh Rom di atas runtuhan Baitulmuqaddis serta sebuah lagi kuil sebagai mendedikasikan kebangkitan Jupitor. 
313 M: Palestin mendapat perhatian istimewa setelah Maharaja Rom Constantine I memeluk Kristian. Ibunya, iaitu Helena telah melawat Baitulmuqaddis dan Palestin, Tanah Suci yang menjadi tumpuan para penziarah Kristian. Ia merupakan zaman keemasan Kristian dan sebahagian besar penduduk menjadi pengikut Helenis dan dikristiankan. 
324 M: Constantine Byzantine mengatur barisan di Aelia. Beliau membina semula tembok bandar dan melantik Penjaga Gereja Makam Suci dan membuka bandar untuk para penziarah Kristian. 
29-614 AD: Kekuasaan Byzantine (Rom) terganggu terutamanya ketika dijajah oleh kuasa Parsi singkat dan berakhir sama sekali ketika tentera Muslim menyerbu Palestin dan menawan Baitulmuqaddis pada tahun 638. 
 
638 M: Semangat untuk melepaskan diri daripada penguasaan Byzantine, penduduk Kristian Baitulmuqaddis menyerahkan bandar itu selepas dikepung dalam tempoh yang singkat oleh tentera Islam. Namun, mereka mempunyai satu syarat, iaitu penyerahan tersebut akan dibuat setelah berunding secara langsung dengan Khalifah Umar AlKhattab RA. 
Penawanan tersebut berlaku tanpa berlakunya pertumpahan darah. Mereka yang ingin meninggalkan Baitul Maqdis dibenarkan pergi bersama dengan semua barang-barang mereka. Mereka yang ingin terus tinggal menetap, mendapat perlindungan bagi kehidupan mereka, harta benda dan tempat-tempat ibadah. Inilah kehebatan dan keadilan Islam. 
Para penguasa Muslim tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam. Keadaan tersebut berlalu lebih dari satu abad, ia menyaksikan majoriti penduduk memeluk Islam. Sisanya adalah mereka dari golongan Kristian dan Yahudi yang dianggap sebagai Ahli Kitab. Mereka dibenarkan mendapat kawalan autonomi dalam komuniti mereka dan dijamin keselamatan serta kebebasan beribadah. Toleransi seperti ini jarang berlaku dalam sejarah agama. Kebanyakan warga Palestin juga menggunakan bahasa Arab dan budaya Islam. 
 
750 M: Akibat perselisihan kuasa di antara Baghdad dan Abbasiyyah, Palestin telah diabaikan. Dalam masa yang sama timbulnya rusuhan dan penentangan dari kerajaan Seljuk, Fatimiyyah dan Tentera Salib Eropah. 
Walau bagaimanapun, ketika itu merupakan zaman keemasan ilmu pengetahuan, seni, falsafah dan sastera Islam. Kehebatannya telah menyumbang kepada Renaisans di Eropah.
dipetik dari laman: panduan percuma



hmm.. melayu..

Thursday, June 21, 2012

WAJIB BACA!!! FAKTA MENGENAI TIDUR




Tahukah anda bahwa tidur punya fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain.


Penelitian menemukan bahwa tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidur lebih sedikit mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.


Tapi ini boleh kembali normal sekiranya anda boleh tidur lena selama seminggu. Betapa tidak menguntungkan bukan? Tapi jangan juga menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun banyak yang hanya menghabiskan waktu selama 5 jam saja untuk istirehat. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambah tinggi risiko masalah kardiovaskular.


Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya, ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh, tidur boleh mempertingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune anda. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh membuat depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah, ditambah otak tak boleh berfikir dengan baik. Banyak kes bunuh diri yang terjadi kerana hal ini�


Fakta Menarik tentang Tidur


  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar
  • Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur
  • Suhu tubuh anda akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa orang tua selalu bangun ketika bayinya menangis

Bagaimana Tidur yang Sehat?

1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari musik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur. 
2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman 
3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur. 
4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat. 
5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda
semoga bermanfaat�




dipetik dari laman: Panduan Percuma







hmm.. melayu..

HANGAT!!!! FAKTA TENTANG PAYUDARA WANITA..





Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Rasanya tidak keterlaluan untuk dikatakan bahagian yang dimaksudkan ialah pada bahagian dada! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang ada di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya.


Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Berikut adalah beberapa fakta penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh setiap wanita.


Ukuran Berbeza

Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.


Boleh Diperbesarkan

Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.


Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.


Bahaya Coli Berkawat

Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.


Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.


Besar Lebih Seksi

Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain.


Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.


Silikon Sebabkan Kanser

Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar-X untuk mendapat hasil yang lebih tepat.


Tetap Tegang

Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Ketegangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan!


Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastik apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.




dipetik dari laman blog: Panduan Percuma




hmm.. melayu..

TERKINI!!! 20 FAKTA MENARIK MENGENAI TELEKOMUNIKASI


 

1. Telegraf mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 oleh penjajah Inggeris di Perak. 
2. Hampir 100 tahun setelah telegraf diperkenalkan, SEACOM diperkenalkan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui Laut Cina Selatan. 
3. Pada tahun 1985, ATUR telefon tanpa wayar yang pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).
4. JTM Kemudian di korporatkan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudiannya ditukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).
5. Empat tahun kemudian, perkhidmatan telefon selular pertama yang menggunakan perkhidmatan GSM diperkenalkan dan dikendalikan oleh Syarikat Celcom Malaysia Sdn. Bhd.
6. Tahun 1995 juga mencatatkan sejarah apabila malaysia melancarkan satelit pertama negara iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) yang dilancarkan bagi membolehkan negara menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit. 
7. Telekom Malaysia Berhad memperkenalkan telefon talian tetap tanpa wayar yang dikenali sebagai CDMA. 
 

8. Pada masa yang sama Celcom memperkenalkan perkhidmatan panggilan video yang menggunakan teknologi 3G. 
9. Terkini, perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berasaskan teknologi Wimax diperkenalkan oleh Syarikat Packet One Sdn. Bhd. (P1) pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi spektrum 802.16e. 
10. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sejumlah hampir 21 juta rakyat negara ini menjadi pengguna telefon selular sehingga tahun 2007. 
11. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sejumlah RM600 juta bakal dibelanjakan untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi moden. Syarikat pengendali telekomunikasi pula bakal membelanjakan sehingga RM1.3 billion khusus untuk perbelanjaan modal syarikat masing-masing. 
12. Jumlah pengguna rangkaian komunikasi di Bangladesh meningkat daripada 3.8 juta orang pada tahun 2004 kepada 29.5 juta orang pada tahun lalu dengan liputan rangkaian meluas sehingga 97 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya. 
13. Sektor telekomunikasi di Bangladesh menyumbang sebanyak 6.7 peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu peningkatan lebih 250 peratus berbanding dengan KDNK pada tahun 2004 yang hanya 2.1 peratus. 
14. Badan penyelidik yang berpangkalan di Norway iaitu Telenor ASA juga mencatatkan angka-angka pertumbuhan yang menarik dalam perkembangan sektor telekomunikasi di Malaysia.

  • Industri telekomunikasi di Malaysia pada pertengahan tahun 1990 menyaksikan peningkatan kadar pengguna melebihi 50 peratus setiap tahun sebelum bergerak perlahan ketika krisis kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997/98.
  • Pada tahun lalu, pengguna telekomunikasi di negara ini mencecah sehingga 21 juta orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jumlah ini sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga pengguna telekomunikasi paling banyak selepas Singapura dan Korea Selatan.
15. Pada tahun lalu, sektor komunikasi menyumbangkan sejumlah RM21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu kira-kira 3.7 peratus daripada keseluruhan KDNK berbanding dengan pencapaian hanya 15.3 billion (3.1 peratus KDNK) pada tahun 2005. 
16. Jumlah pelanggan 3G di Asia Pasifik dijangka akan mencecah 564 juta orang menjelang tahun 2013 berbanding dengan 121 juta orang pada tahun 2007.
 

17. Pada tahun lalu, kira-kira sejumlah 158.4 juta orang pelanggan 3G di Asia Pasifik.
18. Nokia Siemens Network (Nokia Siemens) peneraju pengatur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih pula (HSPA) menjangkakan bilangan pengguna perkhidmatan itu di Asia akan meningkat sekali ganda kepada 53.5 juta pengguna daripada 26.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.
19. Menurut laporan SKMM lagi, tahap penembusan jalur lebar pada suku tahun 2007 ialah sekitar 3.7 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.
Jumlah ini amat rendah dan hampir sama dengan negara lain seperti Turki (3.8), Mexico (3.5), berbanding dengan jumlah di Switzerland, Korea Selatan dan Norway yang mempunyai purata 26 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.
20. SKMM juga melaporkan bahawa sejumlah 84,600 orang pengguna jalur lebar pada tahun 2006 berbanding dengan 49,500 orang pada tahun 2005. Angka ini tidak signifikan jika dibandingkan dengan 27 juta orang penduduk Malaysia keseluruhannya.

Sumber : "Industri Telekomunikasi dalam Krisis Ekonomi" oleh Nazmy Sannusi dalam Dewan Ekonomi Mei 2009.
Dipetik dari laman blog: Cerita Tentang Kita




hmm.. melayu..

Wednesday, June 20, 2012

WAJIB TAHU!!! 20 FAKTA MENARIK MENGENAI MALAYSIA..


FAKTA MENARIK TENTANG MALAYSIA

Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut tahu: 
(1) Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah� Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis). 
(2) Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu. 
(3) Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.

(4) Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia. 
(5) Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. 
(6) Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor. 
(7) Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877. 
(8) Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu. 
(9) Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.
Filem ini dibintangi oleh� M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao. 
(10) Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816. 
(11) Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di kalangan penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk ole pendatang India Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri.� Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan� bertentangan dengan Pasar di Jelutung. 
(12) Waktu tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk memanjangkan waktu siang; pada 1 hb September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan sebanyak� 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik� 2 jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia. 
(13) Kota Bharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada� tahun 1941. Pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah – Bicycle Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat ke� terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya. 
(14) Landasan keretapi pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang � Kuala Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km 
(15) Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000. Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an. 
(15) Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb November, 1957. 
(16) Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16 September, 1963. Walau bagaimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu� 2 minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan yang ditetapkan. 
(17) Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya. 
(18) Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. 
(19) Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini� Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka.
Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun.
Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun. 
(20) Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis dan Belanda seperti:
  •  A� Famosa – Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
  • Gereja St. Paul – Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan “Our Lady of The Hill”.
  • Antara hasil peninggalan sejarah yang lain ialah Bukit Cina, Patung St Francis Xavier, Porta de Santiago, Bangunan Stadhuys (Peninggalan Belanda), Kota St John, Perigi Hang Li Po dan banyak lagi.


Nah! Itulah antara fakta-fakta menarik mengenai Malaysia. Mungkin saya akan memuatkan entri-entri lain yang bersesuaian sempena bulan Merdeka ini.
hmm.. melayu..

dipetik dari laman: panduan percuma info

INFO TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)

Tahukah anda? anda boleh momohon bantuan kewangan jika tidak mampu untuk membiayai kos perubatan anda???

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN DI BAWAH TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)



1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

a. Warganegara Malaysia.
b. Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
c. Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan.
d. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN

a. Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan;
b. Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan
c. Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.


3. KONSEP BANTUAN

a. Bantuan hanya dipertimbangkan sebelum rawatan dibuat. Permohonan bagi rawatan yang telah dibuat tidak akan dipertimbangkan. 

b. Bagi rawatan yang diperolehi di dalam negara sahaja. 

c. Rawatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perubatan Malaysia. 

d. Bantuan yang dipertimbangkan adalah bantuan rawatan perubatan sahaja (lain-lain bantuan seperti sara hidup dan pengangkutan tidak dipertimbangkan). 

e. Pesakit/ Keluarga pesakit perlu menyumbang wang yang mereka mampu bagi membiayai kos rawatan.


4. PESAKIT YANG TIDAK LAYAK

Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).


5. JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Bantuan bagi tujuan-tujuan seperti di bawah tidak dipertimbangkan:


i. Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic; 

ii. Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility); 

iii. Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;  

iv. Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan  

v. Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.


6. TEMPOH BAGI RAWATAN BERTERUSAN 

Sekiranya rawatan yang berterusan diperlukan maka bantuan akan dipertimbangkan untuk tempoh maksima dua tahun sahaja. Setelah tamat tempoh tersebut, permohonan boleh dikemukakan semula jika pesakit masih memerlukan rawatan.


7. KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan dibayar terus kepada pusat rawatan / pembekal peralatan.


8. PEMBATALAN PERMOHONAN

Semua permohonan adalah terbatal jika:


i. Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar.  
ii. Pesakit yang mendapat tajaan daripada pihak lain atau rawatan tidak diperlukan lagi.


9. JENIS-JENIS PENYAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN YANG BERTERUSAN YANG BOLEH DIBERI BANTUAN

a. Blood Disorders ? all blood disorders excluding
i. Thalassemia for relevant age groupsii. Factor V111 deficiencyiii. Factor 1X deficiencyiv. Von-Willebrands?
v. And others where treatment is available at the Government hospitals. 
b. Bone and joint disorders. 
c. Ear and hearing disorders 
d. Endocrine disorders 
e. Eye disorders 
i. Age Related Macular Degeneration 
ii. Photo Dynamic Therapy 
iii. Glaucoma 
iv. Anisometropia 
v. Corneal Opacities 
f. Genetic and metabolic disorders 

i. Special diets (as adviced by medical specialists 
ii. Medications
iii. Other proven interventions (as adviced by medical specialists) 
g. Heart diseases 
i. Congenital 
ii. Acquired 
h. Immune disorders 
i. Long term care following surgical intervention 
j. Neurological and neurodegenerative disorders 
k. Orthopaedic conditions requiring surgical interventions 
l. Renal disorders 
m. Respiratory disorders 
i. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home oxygen therapy 
ii. Other chronic conditions


Nota:


Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan secara ?case to case basis? jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan.


10. DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:


a. Salinan kad pengenalan / surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang. 
b. Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan. Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. 
c. Laporan sosioekonomi (Borang B) yang disediakan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
d. Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja / pernah bekerja).


11. PROSEDUR UNTUK MEMOHON

a. Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada:  

Urusetia Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:
Kementerian Kesihatan Malaysia,  
Bahagian Kewangan,Aras 7, 
Blok E7, Parcel 7, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62518 Putrajaya. 
Tel : 03-8883 3100 / 3105Fax : 03-8883 4389 / 4364
b. Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

c. Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

d. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas.

12. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urusetia TBP di alamat di atas ataupun menghubungi Tel: 03-8883 3100/ 3105.


dari laman web: Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia







hmm.. melayu..

TEKUN NASIONAL SEDIAKAN PINJAMAN PERNIAGAAN...


Pembiayaan TEKUN


Konsep Pembiayaan TEKUN

Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik

Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.

Caj Perkhidmatan

Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

Syarat Kelayakan Asas


  • Bumiputera dan berumur 18 - 65 tahun.
  • Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM6,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak 
  • ( mobile ).
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.


Dokumen Diperlukan


  • Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi. 
  • Gambar pemohon ukuran pasport (1 keping). 
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  • Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ). 
  • Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ). 
  • Sebut harga / cadangan / pembelian perkakasan / peralatan / ubahsuai (jika perlu).
  • Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa ).

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Maklumat lanjut layari laman web TEKUN NASIONAL

Maklumat mengenai Pinjaman yang ditawarkan klik sini

hmm.. melayu..

APA ITU PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA)



Tujuan 

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.


Latar Belakang 

Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. 

Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar. 

Rasional 

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. 


Kaedah Pelaksanaan 

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. 


Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.

Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.


Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.

Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.

Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).

Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. 

lebih info boleh didapati di: PR1MA JPM & PR1MA.Net


hmm.. melayu..

Tuesday, June 19, 2012

TERAJU: PROGRAM PERUSAHAAN KECIL BUMIPUTERA BERPRESTASI TINGGI (HPBS)


INFO EKONOMI BUMIPUTERA





Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan melancarkan program Perusahaan Kecil Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS). Ia bertujuan membangunkan generasi baru usahawan Bumiputera berkelas dunia dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).


Program itu adalah sebahagian rancangan komprehensif Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah, yang mewakili 40 peratus penduduk negara ini. Ia dibangunkan berdasarkan cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).


Intipati Program HPBS


  • TERAJU akan mengambil 1,000 syarikat Bumiputera untuk menjalani program HPBS bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera secara lebih agresif dalam sektor ekonomi negara.
  • Kerajaan, agensi Kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerjaan (GLC) dan syarikat swasta akan bekerjasama menyediakan peluang kepada syarikat Bumiputera berprestasi tinggi menerusi peluang perniagaan, tenaga kerja dan pembiayaan.
  • Program HPBS akan menggunakan pendekatan lebih tegas 'berjaya atau keluar' untuk merangsang prestasi serta menggalakkan syarikat untuk berdikari.




Menarik kan??



APA ITU TERAJU?


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011.


Unit ini diterajui oleh Ketua Eksekutif, En. Husni Salleh dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan dan modal teroka. En. Husni juga merupakan bekas Ketua Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).


Teraju ditubuhkan sebagai salah satu Unit di dalam Jabatan Perdana Menteri dan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri serta Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.


Unit ini juga berfungsi sebagai Urusetia kepada MTAB dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).


Penubuhan  Teraju untuk  menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing.


OBJEKTIF PENUBUHAN TERAJU??



Objektif utama penubuhan Teraju  adalah untuk menerajui, menyelaras serta memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.


Unit ini akan melaksanakan pelbagai inisiatif baru dan yang sedia ada, di samping mengemukakan cadangan pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera.


PERANAN TERAJU??


Bagi memastikan perlaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan Teraju telah dikenalpasti seperti berikut:



  • Memastikan hasil yang pantas dan efektifmenilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
  • Meningkatkan keberkesanan Institusi  – Menilai institusi-institusi yang terlibat dan merasionalisasikan fungsi-fungsi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan; 
  • Pengurusan Program dan Sokongan Aktif bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenalpasti program-program baru, mengenalpasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
  • Penilaian KeberkesananMemastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus iaitu aspek penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Teraju akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan.







hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..