Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Ini Merdeka Versi Pak Samad.. menukarkan Jalur Gemilang kepada satu versi lain.. Dari Jalur Gemilang yang dibawa oleh Datuk Azhar Mansur b...
-
seronok rasanya dapat membaca komen dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan... respon yang buat aku rasa bersemangat untuk terus menulis... Pa...
-
Hari ini PM datang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Merdeka, Kuang.. kira-kira 1 batu dari rumah aku.. seperti dimana-mana ker...
-
ini aku dapat dari laman facebook.. UMT yang majoritinya melayu dikatakan 'GHOST PLACE' oleh gadis ini... rakannya Liang mengatak...
-
Semalam Datuk Seri Najib memohon maaf atas kesilapan Barisan Nasional yang lampau.. "Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Se...
-
semuanya bermula dari kenyataan ini.. ADUN PKR yang mengatakan bahawa BTN menyemai sentimen perkauman dan di ikuti oleh kenyataan demi kenya...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Saturday, June 9, 2012
Antara #UMNO, Rasuah dan Insan Suci..
Sering kita dengar dan sering kita di momokkan dengan kononnya UMNO itu penuh korupsi.. pemimpin UMNO penuh dengan rasuah dan mengambil duit rakyat sewenang-wenangnya.. kononnya mereka itu menggunakan kedudukan untuk projek berjuta-juta dan menipu wang rakyat..
Atau sekurang-kurangnya itulah yang di canang oleh juak-juak pembangkang dan diulang umpama burung kakak tua oleh mereka yang di perbodohkan..
Benarkah tuduhan- tuduhan itu?
Atau sekadar tuduhan yang tidak mampu dibuktikan seperti Kes Altantuya dan Kes Cincin Rosmah..
Mari kita lihat satu persatu..
Baru-baru ini Malaysia di kejutkan oleh seorang Akauntan dan juga merupakan Pengarah Strategik bagi Parti Keadilan Rakyat yang kononnya mendedahkan tentang apa yang di panggil sebagai skandal NFC..
Kononnya melibatkan Datuk Seri Sharizat yang ketika itu Menteri Pembangunan Keluarga &Wanita..
Tetapi rupanya hanya kerana suaminya adalah Pengerusi NFCorp, dia di katakan terlibat dalam menyeleweng pinjaman kerajaan untuk projek NFC itu..
Terbaru, SUARAM mendakwa yang Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah disiasat oleh Mahkamah Perancis kerana dikatakan sesuatu yang di panggil sebagai "Komisyen" bernilai ratusan juta dollar diberikan kepada sebuah syarikat tempatan...
Namun akhirnya kebenaran terserlah juga, Datuk Sharizat Abdul Jalil di sahkan oleh SPRM tidak terlibat dengan projek NFC dan urusan NFCorp..
Pembohongan SUARAM yang mendapat liputan besar Harakah, Suara Keadilan dan Juak-Juak pembangkang juga terbongkar apabila terbukti yang mahkamah Perancis hanya menyiasat apabila SUARAM memfailkan tuduhan dan ianya masih lagi dalam peringkat siasatan awal..
"Komisyen" yang dicanang itu pula adalah kontrak yang di anugerahkan kepada syarikat tempatan itu untuk menguruskan tempat tinggal, elaun, kos latihan, tiket penerbangan pergi balik setiap anggota TLDM dan ahli keluarga mereka sepanjang mereka berada di Perancis selama 4 tahun..
Dizaman ini, tuduhan dilemparkan dan yang dituduh harus membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar sedangkan yang menuduh sewenang- wenangnya terus menjaja tuduhan sesuka hati..
Rakyat sering di momokkan oleh pembangkang dengan tuduhan yang berulang-ulang hinggakan ianya seolah-olah benar..
Yang peliknya situasi berbeza pula dengan pembangkang yang tak perlu menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.. cukup sekadar menuduh ini semua taktik politik yang di katakan SALAH UMNO..
Pemimpin pembangkang cukup Maksum dan Suci walaupun sudah terang lagi bersuluh video sex bersama chinadoll, gambar lucah yang diambil oleh kekasih, gambar CCTV didalam tandas dan pelbagai skandal moral serta salahlaku seperti surat sokongan dan ugutan kepada penguatkuasa..
Mungkin masyarakat kini suka ditipu.. mungkin masyarakat kini suka di perbodohkan... mungkin masyarakat kini suka dipimpin oleh golongan seperti ini...
Hmmm.. Melayu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..



No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..