KUALA LUMPUR 11 Jun- Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menolak tawaran nombor pendaftaran kenderaan 'WWW15' yang diberikan kepadanya secara percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Sambil menyatakan bahawa beliau tidak pernah membida atau membuat tender untuk nombor pendaftaran itu, Liow juga berkata, nombor itu sepatutnya diberikan kepada pembida tertinggi.Tiong Lai dikritik berikutan senarai pembida yang berjaya untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan WWW yang dimuat naik di laman web JPJ menamakan beliau sebagai pemilik 'WWW15' dengan harga RM24,200.Beliau berkata, pegawainya mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan memohon nombor pendaftaran tersebut untuk kegunaan kenderaan rasmi Menteri dan menerima surat rasmi daripada JPJ pada 6 Jun yang mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran itu secara percuma."Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya. Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya. -KLPOS-
pada aku, kalau dia nak guna nombor tu pun bukan masalah sebenarnya.. percuma je... tu kelebihan sebagai menteri.. apa salahnya?? Lain la macam Exco-Exco Selangor yang buat pengubahsuaian pejabat sampai ratus ribu tapi bila nak tanggung pengajian pelajar UniSEL, Universiti tu yang kena jual tanah... ape cerita??
Nizar dulu beli nombor plat untuk Camry tu guna duit rakyat tak ada pula aku dengar juak-juak pembangkang ni kecoh-kecoh kata membazir.. .duit rakyat tu...
DYMM Sultan Johor yang guna duit sendiri beli nombor tu pun boleh jadi isu.. Menteri dapat nombor tu percuma pun boleh jadi isu... K-Pop Bertam yang di tonton oleh Lebai PAS tu boleh pula.... tak faham aku dengan mereka ni...
kesiankan??
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..