SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, June 9, 2012

#AmanKamus Kemenangan Pakatan Pembangkang, Kehancuran Melayu..


dah agak lama aku tak menulis.. selalunya sekadar mengambil tulisan penulis-penulis hebat mengenai isu-isu semasa.. Che Det & Dr. Ridhuan Tee jadi pilihan aku kerana mereka ini menggunakan perspektif yang berbeza untuk bercakap mengenai sesuatu isu dan pandangan.. malah bahasa mereka juga tidak keterlaluan dan bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam dunia akademik dan intelektual..

aku terpanggil untuk menulis semula kerana baru-baru ini aku bersama sekumpulan anak muda melayu yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara oleh sebuah badan kerajaan..
dalam majlis ini mereka mempersoalkan tentang apa yang mereka kata sebagai "Momokan UMNO" yang mengatakan bahawa jika pembangkang mentadbir negara, melayu akan terpinggir... kata mereka lagi, hak keistimewaan orang melayu adalah sesuatu yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan perlembagaan telah direka dengan baik hinggakan untuk mengubah perlembagaan itu memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.. jadi kata mereka, hak dan keistimewaan orang melayu telah terpelihara walau siapapun yang memegang tampuk pemerintahan..

sayang sekali bila persoalan mereka ini dijawab dengan agak lemah oleh panel dan ditambahkan lagi dengan respon yang berbaur emosi dari hadirin lain...

lantas aku bangun dan melakukan perkara yang aku tak pernah lakukan sebelum ini iaitu memotong giliran bercakap dari seorang Dato dan seorang Tan Sri..

lantas aku terangkan secara mudah mengenai apa perbezaan keistimewaan orang melayu mengikut perlembangaan dan keistimewaan yang orang melayu dapat hari ini...

  1. keistimewaan melayu mengikut perlembagaan adalah Qouta dari segi pemberian permit dan lesen, qouta untuk biasiswa dan penempatan di Institusi pendidikan lepasan SPM serta quota pengambilan penjawat awam.. 
  2. manakala, nikmat-nikmat yang melayu dapat hari ini seperti dari segi pendidikan seperti SBP, MRSM, Quota Biasiswa Kecil Persekutuan dan lain-lain kelebihan pendidikan untuk orang melayu adalah hasil dari Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang merupakan dasar kerajaan yang diperkenalkan melalui DEB.. Kewujudan MARA, TEKUN & Amanah Ikhtiar adalah hasil dari dasar kerajaan untuk meningkatkan ekonomi orang melayu... dalam penjawatan awam, KSU, SUK dan KSN dilantik dari kalangan orang melayu adalah disebabkan tampuk pemerintahan hari ini dipegang oleh orang melayu.. malah polisi tidak bertulis ini di laksanakan di GLC-GLC milik kerajaan Persekutuan..

jadi orang melayu perlu jelas yang apa yang mereka dapat bukan saja disebabkan ianya telah termaktub dalam perlembagaan tetapi juga oleh polisi dan dasar yang di laksanakan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan..

Bukan aku hendak merendahkan Tan Sri- Tan Sri dan Dato- Dato yang hadir tetapi mereka ini walaupun berpengalaman tetapi mengeluarkan kata-kata retorik tetapi tidak memenuhi kedahagaan generasi muda yang mahukan penjelasan yang mampu untuk diterima akal mereka..
Generasi muda pula berhenti menjadi burung kakak tua yang mengulang kembali kata-kata yang mereka dengari dari mulut-mulut yang belum tentu lagi kebenarannya..

Kelebihan yang ada pada orang melayu hari ini adalah hasil dari dasar dan polisi yang di pelopori oleh UMNO dan sehingga hari ini dipertahankan oleh UMNO. Dasar ini juga diterima oleh MIC dan MCA serta Keluarga Besar Komponen BN..

Berbeza dengan pakatan pembangkang.. PAS bukan dominan dalam pakatan mereka jadi parti yang bertopengkan Islam itu tak mungkin akan mampu untuk menjadi suara yang memperjuangkan Islam apa lagi mempertahankan polisi sekarang ini.. DAP sudah terang-terang menolak secara total polisi yang mengutamakan melayu ini dan dilihat dengan jelas di Pulau Pinang oleh pengumuman Lim Guan Eng ketika hari pertama menjejakkan kaki di Komtar sebagai Ketua Menteri.. Lebih lawak lagi PKR yang tak tahu mana satu pegangannya.. Ayat-ayat pemimpin yang berubah mengikut tempat menunjukkan mereka memilih jalan selamat dalam menyatakan pendirian.. Ini jelas jauh lebih menyedihkan dari PAS..

Seseorang itu perlu bertanyakan dirinya sejauh mana kefahaman tentang Hak Keistimewaan Orang Melayu sebelum bercakap.. Seseorang itu perlu tahu apakah itu Melayu dari sudut perlembagaan kerana aku pernah mendengar seseorang berkata melayu itu mestilah berbaju melayu..

Kedangkalan membawa keburukan dalam tutur kata..

Perjuangan harus terus dan jitu tapi tak mungkin akan konsisten tanpa kefahaman.. Ini akan mengakibatkan kita terus teraba-raba dalam kegelapan ilmu..

InsyaAllah.. Aku akan terus berkongsi dari masa ke semasa sedikit pengetahuan dan pengalaman aku dalam perjuangan ini..



Hmm.. Melayu...

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..