SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, June 12, 2012

ANALISIS TERKINI!!!! Bola Sepak: Harimau Malaya Semakin Tidak Bermaya.

Skuad Harimau Malaya


Baru-baru ini kita disajikan dengan perlawanan persahabatan diantara Harimau Malaya dengan skuad bolasepak Singapura yang penuh dengan kontroversi... 


mutu pengadilan oleh pengadil dari Jepun ini dikatakan berat sebelah dan amat memalukan profesion pengadil bolasepak yang bernaung dibawah FIFA...


tidak kurang juga yang merungut mengenai prestasi skuad Harimau Malaya yang kini kelihatan tidak konsisten.. 


tapi aku suka untuk membawa pembaca kepada satu lagi isu yang mungkin ramai yang tidak perasan dalam kehangatan kita menyokong pasukan bolasepak negara ini...


aku lihat dalam keghairahan bermain, kita dilanda satu isu nasional yang kelihatan enteng tapi sebenarnya besar kesannya kepada generasi muda..


aku lihat setiap kali perlawanan bola sepak, akan berkumandang lagu Negaraku.. lagu kebanggan semua rakyat Malaysia... namun yang pelik lagi menyesatkan adalah cara pemain bolasepak kita berdiri menyanyikan lagu kebangsaan ini...


mereka berdiri sambil meletakkan tangan kanan ke dada kiri.. sesuatu yang asing ketika menyanyikan lagu Negaraku... 


Pemain Bolasepak Malaysia Meletakkan Tangan Kedada ketika Menyanyikan Lagu Negaraku

aku tak tahu ajaran mereka dari mana tetapi setahu aku yang bersekolah kebangsaan dari darjah satu hingga ke tingkatan lima di sekolah menengah ditambahkan juga dengan pendidikan awalku di TADIKA KEMAS, kedudukan menyanyikan lagu Negaraku adalah dengan berdiri tegak dengan tangan disisi...


Posisi Meletakkan tangan kesisi
mungkin ini satu cara untuk menunjukkan mereka meletakkan Malaysia dihati tetapi tidak perlulah hingga terikut-ikut dengan budaya Amerika Syarikat yang meletakkan tangan ke dada ketika menyanyikan lagu The Star Spangled Banner yang merupakan lagu kebangsaan negara Uncle Sam itu..


Posisi Meletakkan Tangan Kanan Didada Kiri


Satu masa dahulu, Tourism Malaysia melancarkan kempen meletakkan tangan kanan didada kiri tetapi sekadar untuk menyapa dan memberikan kata hormat tidak sekali digunakan ketika menyanyikan lagu Negaraku..



kita ada budaya kita dan kita ada tatacara kita.. tak perlu untuk meniru cara orang lain kalau ianya tidak membawa sebarang kebaikan.. akhirnya kita akan terpesong jauh jika kita menjadikan ianya satu amalan... jati diri akan hilang dan generasi akan datang akan mengenali budaya yang di celup-celup dari barat...


cintailah budaya kita.. budaya Malaysia.. 


hmm.. melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..