Alhamdulillah, tulisan aku ini mendapat perhatian orang yang membaca.. Terima kasih aku ucapkan kepada yang membaca dan yang memberikan respon dan pendapat..
Seorang pembaca di salah satu ruangan FB yang tertempel tulisanku menyatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus dan tak boleh diselamatkan lagi.. Rasuah adalah budaya katanya dan mereka yang menolak budaya rasuah tak ada tempat dalam UMNO..
Benarkah seperti yang dinyatakan oleh mereka ini yang rata-ratanya adalah FAKE ACCOUNT di FB?
Mari kita kaji semula dakwaan itu.. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, di akhir zaman ini bukan yang menuduh perlu membuktikan tuduhannya itu benar, tapi yang tertuduh pula perlu membuktikan tuduhan atas dirinya itu tidak benar.. Si Penuduh pula terus menuduh & apabila tuduhannya terbukti palsu, dia akan membuat tuduhan lain pula..
Aku tidak menafikan berlakunya perbuatan rasuah dikalangan pemimpim UMNO kerana aku yakin bahawa manusia itu bukan sempurna dan hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang maksum..
Tapi ini bukan maknanya aku menghalalkan perbuatan rasuah.. Aku menentang sebarang bentuk rasuah jika ia benar-benar berlaku dan ianya bukan sekadar tuduhan..
Ingin aku soalkan disini.. Adakah pernah UMNO menafikan rasuah itu berlaku dan tidak mengambil tindakan terhadap pelaku-pelaku rasuah itu?
UMNO seringkali membuktikan ianya sebuah parti yang telus dengan tanpa berselindung mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang terbukti terlibat dalam politik wang ketika pemilihan UMNO..
Tan Sri Mat Isa, Seorang Naib Presiden UMNO ketika itu ridak terlepas dari tindakan..
Tak kurang pula mereka yang didakwa di mahkamah tak kira kesalahan moral mahupun rasuah..
Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal video seksnya didakwa dimahkamah.. Datuk Harun yang ketika itu Menteri Besar Selangor di dakwa dimahkamah atas tuduhan penyelewengan ketikamengatur perlawanan Muhammad Ali di Kuala Lumpur.. Begitu juga dengan kes PKFZ yang melibatkan seorang bekas menteri..
Aku juga ingin soalkan apakah tindakan yang diambil oleh pembangkang terhadap pemimpin mereka yang berlakon dalam video seks?
Apa tindakan mereka terhadap pemimpin yang bersekedudukan dengan kekasihnya seorang melayu daj beragama Islam?
Apakah tindakan mereka terhadap pemimpin yang ditangkap sedang berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi?
Amat mudah untuk menuduh orang dengan pelbagai tuduhan.. Namun untuk bertanggungjawab dengan tuduhan itu amat jauh sekali..
Hmm... Melayu..
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..