SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, June 13, 2012

TERKINI!!! Nurul Izzah Bertanding di Parlimen Kelana Jaya Atau Subang?



sesuatu yang bukan baru tetapi aku ingin kongsikan kepada rakan-rakan pembaca.. 


baru-baru ini ketika aku pergi ke majlis kenduri rakan-rakan, aku terjumpa dengan seorang rakan lama yang kini bekerja dengan ADUN Seri  Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.. 


walaupun kami berbeza pandangan politik namun kemesraan itu tak hilang.. masih lagi bergurau senda dengan kedua pasangan mempelai yang kedua-duanya merupakan rakan lama kami juga..


tak pula pandangan politik yang berbeda menghalang kami dari bercerita tentang kisah-kisah lama dan sama sekali tidak membuatkan rakan-rakan lain yang datang dari jauh untuk meraikan pasangan pengantin tidak selesa dengan kehadiran kami..


kemesraan itu aku lanjutkan lagi dengan mempelawa rakanku ini untuk singgah ke kedai nasi kandar yang berhampiran selepas majlis tamat.. 


disana dengan ditemani rakan-rakan lain, kami melanjutkan bualan kami sampailah ke politik semasa.. ketika bercerita tentang politik, sedikit nada kerisauan aku dengar dari beliau.. 
lantas sebagai kawan lama aku bertanya tentang masalah yang dihadapi hingga menghela nafas panjang..


lantas beliau menjawab "aku tengah serabut ni... Nik Nazmi pun dah risau.." lantas aku tenangkan beliau dengan "Relax la bro.. politik ni biasa la macam tu.. ada turun ada naik".. "aku tau tu, tapi ada benda yang lagi besar aku fikir ni.." jawab beliau, "ape yang besar sangat tu? takkan Nik Nazmi tak bertanding lagi kot next term, tak mungkin la...."
"Maybe Nurul Izzah akan bertanding kat tempat aku"....
aku terdiam.. mungkinkah permainan politik si pencerita? lantas aku teruskan bermain... "mana boleh bro... bukan dia main Parlimen ke, takkan turun DUN kot.." 
"sekarang tak tentu bro... Nurul Izzah sekarang tengah roadshow keliling Selangor, kau bukan tak tahu, Lembah Pantai tak mau dah tengok muka dia.. sekarang dia buat roadshow sambil tengok mana kawasan yang masih kuat sokongan, dia akan masuk la..." "Kau tengok la, bulan lepas berapa kali dia pergi kawasan Subang tu?" "Sivarasa dah tak senang duduk" "Eli Wong dah warning awal-awal jangan masuk tempat dia.." sekarang ni Kelana Jaya la nampak kuat sikit.. sebab sokongan orang cina dekat area subang jaya"
"Kenapa tak bertanding Serdang ke, Klang ke,Puchong ke, kan kawasan tu kuat sokongannya?"
"tu kawasan DAP bro.. mana boleh masuk... Puchong tu kawasan anak Karpal Singh, Maunye berjalan si Karpal tu kalau kawasan anak dia kena ambil" 
"Nik Nazmi kata apa? takkan diam je kot.. Burne Loh tu ok je ke?"
"tu la masalahnya... diorang ni calon muda beb, tak de pengaruh, tak de pengikut pun.. aku ni sampai sekarang kalau nak buat majlis DSAI kena jadi pencacai... orang lain semua datang masa majlis je.. bila MT kata tak bertanding, diorang boleh kata apa? redha je la"

aku pun menukar tajuk perbincangan kerana aku lihat rakan-rakan lain dah mula tak selesa dengan cerita politik kami...


isu berkaitan dengan Nurul Izzah ini sudah lama di war-warkan... Umum tahu yang Nurul Izzah tidak disukai oleh penduduk Lembah Pantai yang sudah muak dengan janji-janji kosong serta tindak-tanduk Nurul Izzah yang tak pernah membantu mereka..


ini dapat dilihat dengan jelas apabila majils-majlis anjuran PKR yang terpaksa meng"import" hadirin dari luar kawasan Lembah Pantai untuk memenuhi kerusi penonton..


sebabnya?? Hahahaha.. tak perlu aku jelaskan lagi... cukup sudah dengan membaca beberapa tulisan ku disini dan disini...




maka bagi mengurangkan aib bagi Ketua Umum PKR yang merupakan ayah kepada Nurul Izzah maka satu cerita direka untuk menghalalkan pertukaran tempat itu... maka seorang wanita yang menyokong Seksualiti Merdeka, Menyokong LGBT dan Peguam Azlina Jailani (Lina Joy) telah mengetuai BERSHIT dan menyatakan bahawa Lembah Pantai telah dilambakkan dengan pengundi hantu yang hingga hari ini tak mampu dibuktikan kebenarannya...


setakat ini selain daripada Parlimen Subang dan Kelana Jaya, aku juga terdengar yang Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR akan bertanding di Batu Kawan dengan meminta ihsan dari DAP dari bertanding di parlimen itu..


aku juga terbaca tulisan Panglima Harimau yang menyatakan Nurul Izzah akan bertanding di Nibong Tebal.. 




"Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.

Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.
Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ."

Klik sini


apa pun cerita disebaliknya, jelas dan terang bahawa, PKR kini diambang perpecahan dan kini resah...
mereka yang suatu masa dulu mewah dengan segala yang mereka dapat kini tak tentu arah kerana kerusi yang mereka duduk itu belum tentu lagi milik mereka.. malah belum tentu lagi mereka akan terus menjadi calon untuk penggal yang seterusnya...
disatu pihak lagi, pelbagai cubaan untuk memastikan ahli keluarga mereka tetap terjaga walaupun terpaksa mencantas orang lain...


aku lihat sekarang ini, PKR akan menjadi parti yang huru-hara.. akan ada individu yang akan melompat-lompat dan ada yang akan terkubur.. ada yang akan melawan untuk mengekalkan tempat, ada yang akan berundur dan tak kurang yang akan berpaling tadah...


mungkin tulisan aku akan kekal sekadar tulisan atau mungkin akan menjadi kenyataan, hanya masa akan menentukan...




hmm.. melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..