Sumber: KLPOS |
Si penderhaka Nizar sekarang cuba berdolak-dalih dalam isu nombor plat WWW 1 yang kini telah mengheret PAS dan pembangkang ke kancah kehancuran..
terdahulu beliau menuduh Utusan (Kosmo!) dan TV3 telah memutar belitkan kenyataan beliau di twitter..
“Mereka (Kosmo! Dan TV3) telah memutarbelitkan kenyataan saya sehingga timbunya salah sangka terhadap kenyataan yang saya buat di twitter,” katanya kepada pemberita di sidang media di Parlimen di sini hari ini.-KLPOS-
“Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.
“Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. -UtaraNews-
pada aku, jangan bagi muka pada Si Nizar ni.. nanti lepas menghadap DYMM Sultan Johor, dia keluar la statement yang kononnya DYMM Sultan terima penjelasan dia..
aku yakin yang DYMM Sultan dan DYMM Tengku Mahkota bukan orang yang mudah melatah dan mudah dihasut.. aku yakin DYMM Tengku Mahkota telah membaca Twitter Nizar dan dapat melihat betapa sinisnya kata-kata si penderhaka itu.. baginda juga dapat melihat cara tulisan Nizar yang mengaitkan tindakan membeli nombor plat dengan fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansur, kebiadaban Nizar seolah-olah baginda Sultan dan Keluarga Diraja Johor bermewah-mewah tanpa memikirkan kesusahan rakyat Johor..
aku juga amat yakin bahawa DYMM Sultan dan DYMM Tengku Mahkota Johor adalah orang yang bijak menilai dan tahu akan perbezaan diantara memberi pendapat dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Institusi Di-Raja di Malaysia ini..
Nasihat aku buat Nizar.. berhenti bermain dengan api.. kembali ke pangkal jalan dan jangan berani jejak kaki ke bumi Johor...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..