Hari ini jelas segala gembar-gembur oleh pakatan pembangkang yang membayangkan yang Pedana Menteri akan di keluarkan waran tangkap jika tidak hadir ke Mahkamah Perancis ternyata satu lagi pembohongan..
ketika membuat satu pembohongan lagi di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menyatakan bahawa kes itu masih belum dibicarakan oleh mahkamah disana...
ini berbeza dengan tulisan-tulisan mereka di Suara Keadilan dan Harakah yang membayangkan yang kes ini telahpun di peringkat mahkamah...
pembohongan kali ini pula ialah dakwaan kononnya dokumen rahsia kerajaan telah dijual kepada sebuah syarikat asing di Hong Kong..
sumber: KL POS
lebih pelik lagi, hanya SUARAM sahaja yang dibenarkan untuk melihat dokumen yang kononnya dirampas oleh pihak berkuasa Perancis dalam satu serbuan di sebuah syarikat...
aku sangat pelik dengan kenyataan itu.. memang selama ini hanya SUARAM sahaja yang mendapat segala keistimewaan dalam kes ini.. peguam mereka dikatakan mendapat segala keistimewaan dalam hal dokumen dan penyiasatan kes ini.. sedangkan SUARAM adalah sekadar pihak yang membuat aduan kepada pihak berkuasa Perancis..
setahu aku sebagai sebuah badan yang berintegriti, pihak berkuasa Perancis akan menyiasat samada benar dakwaan dan aduan dari SUARAM itu,. jika didapati tidak berasas, maka pihak berkuasa Perancis akan mengeluarkan kenyataan dan kes akan ditutup.. jika didapati didalam siasatan mereka berlaku penyelewengan, maka barulah kes itu akan dibawa ke mahkamah...
tapi aku lihat seolah-olah SUARAM dan Pembangkang mendahului Mahkamah Perancis dalam kes ini... kes yang belum tentu benar ataupun tidak telah di momokkan oleh juak-juak pembangkang dan di pentas-pentas ceramah politik...
Terdahulu tuduhan SUARAM dan Pembangkang mengenai isu 'Komisyen" telah memakan diri apabila tuduhan mereka ternyata palsu kerana "komisyen" yang dikatakan itu sebenarnya adalah bayaran perkhidmatan untuk menguruskan hal ehwal latihan pegawai dan anggota TLDM dalam mengendalikan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak di Perancis dan Sepanyol..
mari kita lihat lagi apakah permainan fitnah pembangkang selepas ini...
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..