Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Rasanya tidak keterlaluan untuk dikatakan bahagian yang dimaksudkan ialah pada bahagian dada! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang ada di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya.
Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Berikut adalah beberapa fakta penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh setiap wanita.
Ukuran Berbeza
Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.Boleh Diperbesarkan
Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.
Bahaya Coli Berkawat
Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.
Besar Lebih Seksi
Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain.Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.
Silikon Sebabkan Kanser
Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar-X untuk mendapat hasil yang lebih tepat.Tetap Tegang
Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Ketegangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan!Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastik apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.
dipetik dari laman blog: Panduan Percuma
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..