70 M: Titus dari Rom mengepung Baitulmuqaddis. Penduduk bermati-matian mempertahankan kawasan mereka, namun akhirnya bandar tersebut jatuh ke tangan musuh. Bagi mengabadikan kemenangan, Titus memerintahkan agar kuil Herodes dihancurkan secara keseluruhannya. Sebuah bandar baru yang bernama Aelia dibina oleh Rom di atas runtuhan Baitulmuqaddis serta sebuah lagi kuil sebagai mendedikasikan kebangkitan Jupitor.
313 M: Palestin mendapat perhatian istimewa setelah Maharaja Rom Constantine I memeluk Kristian. Ibunya, iaitu Helena telah melawat Baitulmuqaddis dan Palestin, Tanah Suci yang menjadi tumpuan para penziarah Kristian. Ia merupakan zaman keemasan Kristian dan sebahagian besar penduduk menjadi pengikut Helenis dan dikristiankan.
324 M: Constantine Byzantine mengatur barisan di Aelia. Beliau membina semula tembok bandar dan melantik Penjaga Gereja Makam Suci dan membuka bandar untuk para penziarah Kristian.
29-614 AD: Kekuasaan Byzantine (Rom) terganggu terutamanya ketika dijajah oleh kuasa Parsi singkat dan berakhir sama sekali ketika tentera Muslim menyerbu Palestin dan menawan Baitulmuqaddis pada tahun 638.
638 M: Semangat untuk melepaskan diri daripada penguasaan Byzantine, penduduk Kristian Baitulmuqaddis menyerahkan bandar itu selepas dikepung dalam tempoh yang singkat oleh tentera Islam. Namun, mereka mempunyai satu syarat, iaitu penyerahan tersebut akan dibuat setelah berunding secara langsung dengan Khalifah Umar AlKhattab RA.
Penawanan tersebut berlaku tanpa berlakunya pertumpahan darah. Mereka yang ingin meninggalkan Baitul Maqdis dibenarkan pergi bersama dengan semua barang-barang mereka. Mereka yang ingin terus tinggal menetap, mendapat perlindungan bagi kehidupan mereka, harta benda dan tempat-tempat ibadah. Inilah kehebatan dan keadilan Islam.
Para penguasa Muslim tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam. Keadaan tersebut berlalu lebih dari satu abad, ia menyaksikan majoriti penduduk memeluk Islam. Sisanya adalah mereka dari golongan Kristian dan Yahudi yang dianggap sebagai Ahli Kitab. Mereka dibenarkan mendapat kawalan autonomi dalam komuniti mereka dan dijamin keselamatan serta kebebasan beribadah. Toleransi seperti ini jarang berlaku dalam sejarah agama. Kebanyakan warga Palestin juga menggunakan bahasa Arab dan budaya Islam.
750 M: Akibat perselisihan kuasa di antara Baghdad dan Abbasiyyah, Palestin telah diabaikan. Dalam masa yang sama timbulnya rusuhan dan penentangan dari kerajaan Seljuk, Fatimiyyah dan Tentera Salib Eropah.
Walau bagaimanapun, ketika itu merupakan zaman keemasan ilmu pengetahuan, seni, falsafah dan sastera Islam. Kehebatannya telah menyumbang kepada Renaisans di Eropah.
dipetik dari laman: panduan percuma
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..