Sabtu lalu sebuah portal berita (mole.my) telah menyiarkan sebuah artikel tulisan Azreen Hani yang mengatakan beberapa blogger menunding jari kepada Nurul Izzah mengenai masalah di kampung kerinchi baru-baru ini...
menariknya, blog aku telah di ambil sebagai rujukan dalam isu ini. -klik sini- memang aku akui yang aku adalah antara yang pertama yang bercakap tentang isu Adam Adli dan Nurul Izzah di Flat PKNS Kampung Kerinchi pada hari itu dan aku turun ke kawasan tersebut kerana ingin makan Char Kuew Teow VIsta Angkasa tapi selepas itu sengaja berjalan-jalan dan bertanya kepada orang di sekitar Kampung Kerinchi tentang peristiwa yang berlaku...
penulis artikel ini menyatakan:
"Another blogger who identified himself as Botak wrote the ruckus that happened on 3 April, the scheduled date for the flat’s demolition was due to residents dissatisfaction with Nurul Izzah’s empty promises in providing better homes for the people.
“This was in her election manifesto in 2008,” the blogger wrote.
He said when Nurul Izzah was present on the day the falt was scheduled for demolition, the majority of residents who had agreed for the redevelopment project were unhappy as they viewed her presence as an attempt to disrupt the process.
To make matters worse, the blogger wrote that some of the residents were further riled up when they saw student activists Adam Adli Abdul Halim, Ekhsan Bukharee and Safwan Anang whom the residents viewed as outsiders."
Sumber: Nurul Izzah and Kg Kerinchi shall never twain
ada beberapa perkara yang tidak tepat yang dinyatakan oleh penulis artikel..
pertama, penulis menyatakan dalam artikelnya yang aku mengatakan kekecohan berlaku kerana rasa tidak puas hati penduduk dengan janji-janji kosong Nurul Izzah dalam menyediakan rumah yang lebih baik untuk rakyat..
"the ruckus that happened on 3 April, the scheduled date for the flat’s demolition was due to residents dissatisfaction with Nurul Izzah’s empty promises in providing better homes for the people."
aku tidak pernah sekalipun menulis begitu... tidak ada sebarang tulisan aku yang menganjurkan bahawa kekecohan adalah disebabkan oleh ketidakpuashatian terhadap Nurul Izzah..
aku mengatakan penduduk Kampung Kerinchi marah pada Adam Adli dan tidak mempedulikan Nurul Izzah..
penduduk marah kepada Adam Adli kerana beliau yang tidak terlibat dalam perkara ini tapi berada disana..
penduduk tidak memperdulikan Nurul Izzah kerana sikapnya yang berjanji semasa pilihanraya tapi tidak membantu mereka dalam mempercepatkan proses dan kenyataan beliau sebelum ini yang mempertikaikan integriti golongan berpendapatan rendah untuk membayar hutang..
hakikatnya, Nurul Izzah tidak disenangi dengan sebab yang banyak..
kedua, penggunaan koma berganda untuk memetik kata-kata aku..
“This was in her election manifesto in 2008,” the blogger wrote.
aku tak pernah pun menulis begitu...
untuk pengetahuan yang membaca, penggunaan koma berganda dalam penulisan adalah untuk memetik terus kata-kata dari penulis atau penutur kata-kata itu..
terjemahannya: "itu ada didalam manifesto pilihanrayanya pada 2008" tulis blogger itu.
tiada kata-kata itu dalam entry aku.. sila betul kan jika aku salah, tapi apakah tujuan penulis mengambil sesuatu yang aku tidak katakan? tak ada perkataan manifesto 2008 digunakan dalam mana-mana bahagian entry aku itu..
YA!! aku sekarang mempersoalkan integriti penulis artikel ini..
dan yang ketiga: tujuan penulis memanipulasikan kata-kata aku..
seperti mana aku nyatakan, kata-kata itu aku ambil dari Abang Rahim yang aku jumpa di Kampung Kerinchi.. bukan pandangan aku mahupun sesuatu yang pasti.. aku mengatakan seperti mana yang diceritakan kepada aku.. persepsi ataupun pandangan seseorang itu benar atau tidak, jika aku ingin menggunakan apa yang dia kata aku haruslah menulis sebagaimana diceritakan kepada aku.. jika aku mahu melakukan ulasan, maka akan aku ulas bukan tulis sebarangan..
aku bukan mahu menghentam sesama blogger, sebagai penulis perlu ada integriti itu.. bukan sekadar memanipulasi..
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..