SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, April 19, 2012

#AmanKampus Mahasiswa Terencat Akal Main-Main Solat di Dataran Diserang??

selepas entry aku #AmanKampus Mahasiswa UiTM Sertai Ajaran Sesat Di Dataran Merdeka pelbagai respon aku terima samada di twitter mahupun di blog aku sendiri. Seorang Sahabat ketika kami minum di Kampung Baru malam tadi bertanya berbaloikah menulis itu dengan hentaman-hentaman yang aku terima. 
aku jawab dengan bersahaja sambil meneguk teh 'o' limau suam, "dah namanya pendapat, mana boleh puaskan hati semua orang..""kau boleh?"


malam tadi aku pergi lagi melihat golongan gelandangan ini.. ini adalah hari kelima mengikut perkiraan mereka... betul atau tidak aku memang tak kira..


sesampainya aku disana aku lihat suasana terang benderang dan bising diDataran Merdeka.. tak kurang dari tiga ratus orang memenuhi jalan dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad.. aku ingatkan penyokong mereka bertambah tapi rupanya raptai konsert Di-Raja yang  akan diadakan Sabtu ini.. 






manakala diperkhemahan ajaran sesat ditepi air pancut Dataran Merdeka, keadaannya adalah lebih kelakar dari semalam..
jika semalam ada 'Sidang Rakyat' dan banner serta poster yang meriah, hari ini keadaan menjadi macam suasana camping yang membosankan.. masing-masing dengan aktiviti masing-masing.. sekarang sudah ada penjaga khemah makanan, hinggakan ada yang terpaksa memujuk penjaga makanan untuk mengambil air kotak.. makanan kebanyakannya adalah makanan ringan..



jualan T-shirt dan buku kartun pun ada,nampaknya golongan mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan juga sudah mula kelihatan.. 




datang ke sini memang seolah-olah berada dalam rancangan Lawak Ke Der?!! bila aku lihat seorang lelaki beria-ia nak memburukkan kerajaan kepada pakcik dan makcik yang datang..
Katanya, banyak pelajar yang cemerlang tapi ditekan dan sengaja tidak diluluskan supaya membayar PTPTN, dia juga mengatakan kerajaan mengutamakan pelajar luar negara tapi pelajar tempatan dijadikan hamba, pelajar teknikal di luar negara disanjung tapi di Malaysia dijadikan hamba. dia juga mengatakan pelajar UiTM sebagai mahasiswa robot dan mereka yang berada disini adalah golongan orang yang berani. penuh semangat dia bercerita seolah-olah memang benarlah kata-katanya itu..





tak habis disitu, aku terjumpa budak cina yang dikatakan menghina Islam dengan sengaja bersolat bersama orang islam di Dataran Merdeka.. aku rasa dia ni TERENCAT AKAL.. aku lihat dia berkupiah dan membebel seorang diri.. apa bila dia pergi kesana kemari tiada siapa yang melayannya, malah dia seolah-olah tak wujud disana.. 






aku lihat mereka sudah terdesak sangat ni.. membaca twitter mereka sangatlah menunjukkan yang mereka tagih sokongan yang tak kunjung tiba.. 


mereka menuduh PEKIDA menyerang mereka ditengah malam dan polis hanya melihat dari tepi.. kononnya PEKIDA ini memukul wanita bertudung dan ada juga yang menuduh salah seorang dikenalpasti sebagai Pemuda UMNO.. bagaimana mereka boleh kenal pasti dan siapa orang itu tidaklah kita ketahui...


tiada gambar mahupun video yang diupload setakat ini yang membuktikan tuduhan mereka terhadap UMNO &  PEKIDA mereka di twitter itu.. 


mereka dah terdesak kerana tiada lagi sokongan seperti semalam..






Kesimpulan pada malam ini aku dapati:



  • adam adli tiada lagi diDataran Merdeka
  • pimpinan SSM, GAMIS, Hamis dan lain-lain tidak nampak batang hidung mereka.
  • yang meramaikan dataran merdeka dan melihat mereka adalah ibubapa yang menemani anak mereka raptai untuk konsert diraja.
  • perkhemahan mereka menjadi hambar dan perhatian tidak sebaik semalam.
  • mereka sudah ketandusan idea dan kata-kata untuk menarik perhatian orang..




hmm.. melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..