SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, April 4, 2012

Kaitan Harakah Dan Pembohongan Manis Anwar..

Baru-baru ini Harakah yang terkenal dengan pembohongannya menerima tamparan dari Jabatan Penjara apabila Jabatan itu menafikan kesahihan satu laporan yang mengagungkan "Ustaz Selipar" yang kononnya walaupun dipenjara telah mengislamkan 2 orang penghuni rumah besi itu.. -Klik Sini-




aku tak nak cerita pasal Imam yang tak elok perangainya ini.. tapi yang aku nak cerita adalah tentang resam Harakah untuk menyiarkan pembohongan.. ada yang kata, Harakah adalah lidah rasmi PAS maka tak peliklah Harakah akan berat kearah PAS.. Ada juga yang kata, Media Perdana memutar belitkan apa yang ditulis dalam Harakah.. pembelaan terhadap akhbar terhad kepada ahli itu bertali arus sebagaimana mereka membela Ambiga..


apa juga kata mereka, mereka tidak boleh menidakkan bukti-bukti bertulis yang kekal dalam dan boleh di rujuk.. mereka boleh memberikan jutaan alasan tapi tak mungkin akan menafikan penipuan demi penipuan yang ditulis dalam Harakah.. 



rakyat Malaysia tak mungkin lupa pada cubaan memperbodohkan rakyat dalam Harakah yang mengatakan kerajaan menipu rakyat dalam menaikkan harga minyak pada tahun 2008..


Harakah menyiarkan pembahagian harga minyak semasa dengan nilai seliter petrol.. pembahagian secara terus ini merendah-rendahkan pengetahuan pembaca yang secara umumnya setong minyak mentah bukan 100% kan menjadi petrol.. proses penyulingan petroleum akan mengasingkan petrol, butana, metana, kerosin dan gas asli dan harganya sudah tentu akan berbeza.. 

ini juga di ambil kesempatan oleh DSAI yang menjanjikan "Hari Ini bentuk Kerajaan, Esok Minyak turun 50sen".. Setelah berdebat dengan Dato Seri Saberi Chik, Formulanya adalah mengawal penyeludupan diesel ke luar negara, menghapuskan khidmat Pembekal Tenaga Swasta yang beliau sendiri menguruskan perjanjiannya ketika menjadi Menteri Kewangan.. namun, mekanisma bagaimana untuk mengawal penyeludupan diesel ke luar negara selain dari apa yang telah kerajaan lakukan masih lagi menjadi misteri hingga ke hari ini...

hari ini datang lagi janji baru iaitu menghapuskan PTPTN... satu lagi janji yang menarik golongan-golongan muda seperti aku.. kerana golongan ini adalah golongan pengundi yang kini telah bekerja dan mendirikan rumah tangga.. 


satu janji yang sangat manis dan enak di dengar.. ribuan graduan yang hari ini menanggung hutang pasti akan tertarik dan teruja bila mendengarnya.. 

janjinya lagi, keuntungan Petronas kan digunakan untuk menanggung pengajian pelajar hingga peringkat PhD...

janji DSAI lagi, semua Tol akan di hapuskan.. 

mari kita tengok fakta-fakta ini:

Senario Di Malaysia
Malaysia adalah negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya iaitu lebih 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat tahun demi tahun. 

2006 – RM10.0 bilion
2007 – RM10.5 bilion
2008 – RM35.2 bilion
2009 – RM20.3 bilion 
2010 – RM24.9 bilion
Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011 Kementerian Kewangan 

kerajaan tanggung subsidi dari 54% KDNKnya.. kalau negara lain dah bankrup dah.. tapi Malaysia diteraju oleh pimpinan yang hebat, maka kita masih mampu bertahan...

kalau mau ditanggung lagi, manakah sumber kewangannya? PETRONAS??

kerajaan menanggung 90% dari pengajian di IPTA, pelajar hanya membayar 10% sahaja..

Petronas setiap tahun menyerahkan 75% keuntungannya kepada kerajaan.. selebihnya adalah untuk pembangunan perbadanan tersebut... 

itu juga sebahagian dari KDNK negara.. 

kerajaan meminjam dari KWSP untuk dana PTPTN tapi perbadanan itu melalui kerajaan membayar faedah kepada KWSP 5% setahun sedangkan pelajar hanya membayar 3-4% saja setahun.. 

Kerajaan Selangor bermegah kononnya mereka berjaya mengurus tadbir negeri dengan baik sekali.. simpanan tetap dan pendapatan negeri dikatakan meningkat dan kononnya berjaya menarik pelabur-pelabur untuk melabur di Selangor.. kalau begitu, kenapa Penasihat Ekonomi bergaji RM1 serta Ketua Umum PKR itu tidak mencadangkan untuk dihapuskan yuran di UniSel sedangkan Universiti itu adalah dibawah kerajaan negeri Selangor yang 'Bersih" "Cekap" dan "Telus"..

DSAI berjanji untuk menghapuskan semua tol.. tapi janji pilihanraya sebelum ini kepada rakyat Selangor terutamanya Shah Alam dan Klang, PKR menjanjikan Tol Batu 3 dimansuhkan tapi hinggga hari ini tol itu masih beroperasi seperti biasa.. 

janji memang boleh berjanji.. janji yang disertakan dengan pembohongan lunak sekali didengar.. tapi janji yang sekadar janji tanpa boleh ditunaikan amatlah besar harganya untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air...

hmm.. melayu...

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..