Kenapa aku tak habis-habis nak pijak Adam Adli ni???
adakah kerana menyebut namanya saja dah menjengkelkan aku??
kalau aku yang tak pernah bertemu dengannya saja dah rasa mual apatah lagi penduduk kampung kerinchi yang sakit mata melihat Adam, Anang dan Ehsan menyibuk di kawasan mereka...
kalau anda seorang pembaca blog yang tegar maka anda semestinya ada membaca cerita teori-teori tak logik kononnya ini adalah tindakan samseng UMNO.. antaranya blog tak terkenal ini -klik sini-
ada juga teori yang mengatakan Adam, Anang dan Ekhsan berada disana memang minta dibelasah kerana itu adalah modus operandi mereka dari dahulu lagi.. kalau tak, kenapalah dia pergi menyibuk di sana...
satu cerita aku dapat ketika aku menaiki teksi di kuala Lumpur pagi semalam, pemandunya seorang berbangsa India, Uncle Jay namanya (itulah yang dia beritahu aku)..
beliau bukan penduduk kampung kerinchi tapi sebagai pemandu teksi, beliau mendengar cerita dari penumpang-penumpangnya..
Cerita Uncle Jay, dia sudah mendengar tentang Flat PKNS kampung kerinchi ini sudah sekian lama.. rungutan penduduk yang mengeluh kerana hidup tidak selesa.. 2008, beliau dengar tentang janji-janji Nurul Izzah ketika berkempen.. kemudian tentang janji Datuk Seri Najib bila datang melihat kampung kerinchi satu masa dulu.. dan kini mengenai insiden terbaru, kekecohan ketika DBKL hendak merobohkan flat kampung kerinchi itu.. (lepas ni, kalau nak dengar berita terkini rajin-rajinlah bersembang dengan pemandu teksi)
satu lagi cerita yang amat pelik didengari oleh ayah kepada 5 orang anak itu ialah mengenai kempen Nurul Izzah untuk menyelamatkan kampung kerinchi.. dia pelik, apa yang hendak diselamatkan? dengar katanya, Nurul Izzah mengatakan kampung Kerinchi adalah sebuah kampung warisan..
Uncle Jay menerangkan, Kampung Kerinchi yang sebenarnya adalah kampung setinggan, pada tahun 70an, limpahan peluang pekerjaan diKuala Lumpur menarik penghijrahan dari desa ke kota metropolitan ini.. kekurangan rumah-rumah kos rendah telah menyebabkan setinggan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.. banyak kampung-kampung setinggan yang dibuka seperti di Kampung Pandan, Kampung Pasir, Kampung Semarak dan Kampung Kerinchi.. antara nama terkenal yang pernah tinggal di Kampung Kerinchi ialah Rosham Noor.. beliau datang ke ke Kuala Lumpur dari Masjid Tanah, Melaka dan pernah bekerja kilang serta sebagai pencuci kereta..
kemudian di era 90an, kerajaan membina rumah-rumah kos rendah dan memindahkan penduduk-penduduk kampung kerinchi ke Flat Pantai Dalam dan Rumah-rumah kos rendah yang baru termasuklah Flat PKNS kampung Kerinchi..
maka Flat PKNS yang cuba di 'selamatkan' oleh Nurul Izzah adalah bukan kampung warisan yang perlu dipertahankan..
kenapa penduduk kampung Kerinchi sangat berang dengan kehadiran si Sengal Ubi Adam dan Konco-konconya ini??
Kenapa penduduk kampung kerinchi menolak Nurul Izzah sama sekali??
kerana mereka sangat berang apabila ada orang yang menghalang impian mereka untuk hidup selesa seperti orang lain..
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik sangat memberikan kebebasan kepada penduduk Kampung Kerinchi dalam merencana masa depan Kampung Kerinchi..
Penduduk Flat Kampung Kerinchi telah memilih sendiri pemaju berdasarkan tawaran yang mereka berikan..
seramai 369 orang telah memilih sendiri pemaju dalam satu pungutan suara..
dari jumlah itu 177 telah memilih Suez Domain Sdn Bhd, 120 mengundi UDA Holding Berhad, 46 memilih MAHA holding dan 24 Undi Rosak.
mana tak mengamuk jika kemajuan yang ditunggu-tunggu dihalang oleh Wakil Rakyat mereka sendiri..
aku tak pernah suruh siapa-siapa percaya apa yang aku tulis..kajilah dan dapatkanlah maklumat supaya dapat membandingkan maklumat-maklumat ini..
jangan mudah tertipu dan percaya kepada janji-janji kosong oleh mereka yang nak mengambil kesempatan atas kesempitan kita..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..