SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, April 9, 2012

KANTOI LAGI!!! Dari Mana DSAI Dapat 43 Billion?????

43 Billion.. itu jumlah yang timbul di benak setiap insan yang berkad pengenalan Malaysia bila memikirkan janji DSAI bila beliau berceramah di serata Malaysia.. 
Selain janji-janji lama yang tak ditunaikan lagi dan tak mungkin lagi ditunaikan.. janji manis baru ini menimbulkan berbillion persoalan yang berkaitan antara satu sama lain...

DSAI menjanjikan akan menghapuskan PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma kepada Rakyat dengan menambah biasiswa serta IPTA di Malaysia sekiranya berjaya menawan Putrajaya.. katanya, 80% wang dari Petronas mampu untuk merealisasikan janjinya itu.. 

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, kerajaan memerlukan RM43 Billion untuk menanggung sepenuhnya kos pengajian tinggi jika PTPTN dimansuhkan.. 


Hari ini kerajaan menanggung 90% daripada kos pengajian di IPTA.. PTPTN pula telah mengeluarkan sebanyak RM43.6 Billion kepada 1.95juta peminjam sejak 1997..


tahun ini sahaja PTPTN membelanjakan RM5billion kepada peminjam sedia ada dan bakal peminjam..


sumber: Kosmo! Ahad






ini adalah persoalan-persoalan yang timbul dari janji DSAI untuk memansuhkan PTPTN:



  1. Mampukah sebuah negara yang membelanjakan 54% dari KDNKnya setiap tahun untuk subsidi menanggung kos setinggi itu?? -sumber: kementerian Penerangan-
  2. Jika sumber kewangan untuk menanggung pengajian percuma di IPTA diambil dari PETRONAS, bagaimanakah dengan perbelanjaan lain selama ini menggunakan wang dari PETRONAS seperti subsidi minyak, subsidi tol, subsidi kesihatan dan lain-lain subsidi lagi??
  3.  Apakah mekanisma yang digunakan untuk meningkatkan ekonomi negara jika kerajaan akan menanggung sepenuhnya pengajian di IPTA?
  4.  Jika lebih banyak dasar liberisasi dilaksanakan untuk merancakkan ekonomi dengan menghapuskan syarat wajib pemilikan bumiputera dalam industri-industri, apakah akan berlaku kepada ekonomi orang melayu?
  5. Apakah mekanismanya untuk menarik pelaburan asing jika cukai yang tinggi dikenakan?
  6. Jika cukai yang tinggi tidak dikenakan kepada pelaburan dan industri besar, adakah cukai dan kos-kos yang akan ditanggung oleh rakyat?
  7.  Apakah yang akan berlaku kepada IPTS yang sedia ada jika kerajaan menanggung sepenuhnya pengajian di IPTA??



Kosmo!Ahad 9/4/2012

sebenarnya PTPTN ada mekanisma untuk pelepasan pembayaran balik PTPTN



  • terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • memperolehi 1st Class Honours atau setaraf bermula 1januari 2010
  • kursus sepenuh masa
  • tidak bertindih dengan penajaan lain
  • kursus di iktiraf oleh MQA, Agensi Kelayakan Malaysia
sehingga 31 Disember 2011, 8,702 pelajar IPTA dan 3,062 pelajar IPTS telah berjaya mendapat pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN..

Sumber: PTPTN.

Kosmo!Ahad 9/4/2012
DSAI hingga hari ini tidak menjelaskan secara terperinci dan bertulis bagaimana perkara ini akan dilaksanakan oleh beliau.. 

yang ada hanya janji-janji yang belum tentu boleh dilaksanakan lagi dan jika dilaksanakan kelak, apakah kesannya kepada masyarakat keseluruhannya..

hmm.. melayu...

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..